Dec 22, 2010

MENTARI KIAN PUDAR





Kedengaran suara pelajar-pelajardidalam kelasku, 3 Ceria sibuk dengan masing-masing. Sibuk dengan gosip masing-masing apabila guru tiada dalam kelas. Aku tidak menghiraukan mereka, tetapi leka dengan kerja sekolahku, maklumlah calon PMR katakan. Aku boleh dikatogerikan dalam kumpulan pelajar yang pendiam. Aku juga seorang pelajar asrama. Kawan disebelahku, Emyra Alia sedang asyik berbual dengan kawan-kawan yang lain. Kehadiran Hazril Hafiz dihadapanku tidakku hiraukan. Setiap kali time cikgu tiada dalam kelas, dia akan datang ke tempatku. Bukan untuk bertanya tentang pelajaran, tetapi tentang hal peribadi aku. Aku tak tahu apa tujuan sebenarnya, sehingga aku dan Alia pun dah naik jemu dengannya.
“ Rajinnya Eika...”. Tiba-tiba Hazril Hafiz memecah kesunyian. Apabila melihatkan reaksi aku tidak berubah, dia menukar soalan lain.
“ Seronok tinggal di asrama?”. Aku serba salah, nak layan ke tak nak. Tak layan nanti kesian pula. Dengan sepatah aku menjawab. “ Bolehla...”. Hazril Hafiz mengutarakan tujuannya.
“ Boleh kita berkawan?”. Aku hairan dan seraya menjawab sambil memandang Hazril Hafiz. “ Laaaa.....kitakan dah kawan, nak kawan apa lagi?”. Hazril Hafiz tersenyum dan berkata. “ Nak berkawan lebih dari seorang kawan..Harap Eika sudi..”. Aku terdiam. Mungkin Hazril Hafiz perasan akan riak wajahku berubah, lantas dia memohon maaf.
“ Saya mintak maaf kalau saya ni dah melampau...”. Hazril Hafiz berhenti dan menyambung semula. “ Takpelah kalau awak tak sudi.” Hazril Hafiz kelihatan sedih. Aku terpaksa membuka mulut yang terlalu berat untuk bercakap tentang hal ini.
“ Hafiz...boleh tak kite jangan cakap pasal ni..kite terlalu mentah lagi. Kita akan exam tak lama lagi, saya harap awak studylah betul-betul, buktikan bahawa awak boleh berjaya. Kita ada tanggungjawab yang perlu dipikul.”. Aku meneruskan kerja sekolahku. Hazril Hafiz berdiri dan bersuara.
“ Teima kasih Eika, saya janji saya akan belajar bersungguh-sungguh.”. Hazril Hafiz berlalu dengan wajah yang tersenyum. Aku kehairanan.
Keputusan  PMR diumumkan. Kami mendapat keputusan yang baik, tapi kami masih akan bersekolah disini. Beberapa hari kemudian, aku telah menerima sepucuk surat dari Hazril Hafiz yang menyatakan bahawa dia sukakan aku. Aku serba salah. Lalu ku biarkan suratnya tergantung tanpa jawapan. Sudah banyak kali Hazril Hafiz menelefonku, sudah berpuluh-puluh mesej yang dikirimkan kepadaku, semuanya hanya semata-mata inginkan jawapan dariku. Mulanya aku tak nak terima, tapi atas desakan Alia dan Atiqah, akhirnya aku terpaksa terima. Tidak lama lagi kami adalah pelajar tingkatan empat.
         Sudah tujuh bulan kami bersama. Tak sangka persahabatan kami telah bertukar menjadi percintaan. Kalau dahulu aku tak sukakan Hazril Hafiz, tapi sekarang aku terlalu menyayanginya. Kami bahagia bersama. Setiap masalah kami kongsi bersama. Suka dan duka kami lalui bersama. Aku harap hubungan aku dengan dia akan kekal tapi, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari. Hazril Hafiz telah berubah. Hazril Hafiz yang ku kenal dulu jauh berbeza dengan Hazril Hafiz kini. Sejak pulang dari bercuti di Melaka bersama keluarga, perangainya tak seperti dulu. Kalau berjumpa pun macam tak nak je. Sikapnya kian dingin. Aku tak tahu apa sebabnya. Aku sedih dengan sikapnya. Mudah benar berubah sikap. Dua tiga hari kemudian, aku mendengar khabar angin bahawa Hazril Hafiz ada affair dengan pelajar tingkatan 2. Rupa-rupanya semua khabar angin yang ku dengar adalah benar belaka. Mudah benar Hazril Hafiz berubah hati. Kasih sayang yang Hazril Hafiz berikan padaku ibarat kain yang berwarna, bila direndam pasti akan pudar. Anis Eryna, nama yang begitu indah, seindah wajahnya telah merampas Hazril Hafiz dariku walaupun dia tahu Hazril Hafiz itu adalah kekasihku. Aku redha, mungkin tiada jodoh untuk aku bersamanya. Aku doakan semoga Hazril Hafiz bahgia bersama Anis Eryna.
Akhirnya, Syafika Adila menitiskan air matanya setelah menceritakan kepada Syafira, teman sebiliknya tentang kisah hidupnya bersama Hazril Hafiz dahulu. Kini, genaplah seminggu Syafika Adila berada di hospital. Selain ditemani Syafira, Syafika Adila juga ditemani oleh tiub-tiub dan wayar-wayar pemyambung nyawa. Bila doktor mengesahkan Syafika Adila menghidapi Leukimia pada tahap kronik, hancur luluh hatinya.
“ Sabarlah Eika...”. Hanya itu yang mampu Syafira lafazkan. Syafira juga menghidapi Leukimia tetapi tak berapa serius.
“ Sekarang, hanya perpisahan yang mengiringi perhubungan kami. Kini tiada lagi gelak ketawa, pujuk memujuk dan kata-kata manis yang dihadiahkan Hazril Hafiz kepadaku. Aku hanya ditemani tiub-tiub dan air mata...rupanya dia hanya mempermainkan perasaan hati aku...dia tak pandai menghargai kasih yang aku berikan...”. Syafika Adila  menangis teresak-esak.
“ Eika..mungkin kau tiada jodoh untuk bersamanya, sabarla Eika...Ira, Alia, Atiqah dan ramai lagi menyayangimu...”



Dua minggu kemudian, Syafika Adila sakit tenat, semua kawan-kawan datang menziarahinya, termasuklah Hazril Hafiz. Wajah Hazril Hafiz kelihatan sedih. Semua yang berada di situ menangis. Mereka takut kehilangan Syafika Adila yang tersayang. Dalam keadaan tenat, Eika bersuara tersekat-sekat.
“ Tak nak wish befday pada Eika?”. Mengalir air mata Hazril Hafiz. Hari ini, genaplah usia Syafika Adila, 16 tahun. Syafika Adila makin tenat. Akhirnya, dia menghembuskan nafas buat kali terakhir. Di dalam genggaman tangannya ada secebis coretan buat Hazril Hafiz. Hazril Hafiz memgambil dan membacanya.

Hafiz....
Tidak Eika duga begitu mudah Hafiz mengakhiri hubungan kita. Begitu senang Hafiz tinggalkan Eika. Eika begitu kecewa dengan sikap Hafiz. Eika masih sayangkan Hafiz macam dulu dan sayang itu takkan pudar! Eika tahu, Eika takkan lama “disini”...apapun, Eika harap, Hafiz akan hepy bersama Anis. Hargailah dia...jangan mempermainkan perasaan hati dia sepertimana Hafiz mainkan perasaan Eika! Begitu sakit bila hati dipermaikan oleh orang yang kita sayang..Eika tetap menyayangi Hafiz...
Sekian.
                                                                                                                      -Syafila Adila-

Begitu deras air mata Hazril Hafiz mengalir membasahi coretan Syafika Adila. Hazril Hafiz kesal dengan tindakannya dulu.
“ Maafkan Hafiz Eika..Hafiz pun masih sayangkan Eika. Hepy befday sayang..”. Hanya itu yang mampu Hazril Hafiz katakan. Hazril Hafiz ‘meghantar’ Syafika Adila dengan sepotong surah Al-Fatihah...
“ Semoga Eika di cucuri rahmat..aminn..”

No comments:

Post a Comment