Dec 22, 2010

POLIGAMI SUATU KEHARUSAN BERSYARAT

>>Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan
manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan
peraturan perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia
berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke
arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang
retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidak teguhan peribadi yang
membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat.

>>Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang
utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara
seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan
perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu
masa.

>>Artikel ini akan memfokuskan kepada isu poligami kerana ia sering menimbulkan
pro dan kontra di dalam masyarakat termasuk di kalangan umat Islam. Kaum
lelaki mendabik dada mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala kaum
wanita pula berkeras enggan dimadu dengan berbagai-bagai alasan. Lantaran
itu topik ini cuba digarap dengan melihat konsep poligami mengikut hukum
syarak dan perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di Malaysia.
Poligami Menurut Islam
>>Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan
kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan
inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun
temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bagi memastikan amalan
poligami secara yang lebih adil dan dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah
seluruhnya, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkan
amalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih
wajar.
>>Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan
lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.
Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa
Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib
dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika
tidak mengamalkannya.
>>Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu
rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa
yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa
kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa
kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak
berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang
dikahwini.


Poligami Dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

>>Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan
syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah
Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Menurut seksyen
23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada
Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu
akuan.
>> Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa
perkahwinan poligami ini patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan
memberi butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya
yang patut ditentukan serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan
ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan. Selain
dari itu pemohon juga kena menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri
atau isteri-isteri telah diperolehi mengenai perkara tersebut.
>>Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat
kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen
23(4) AUKI 1984, iaitu :
1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang
kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak
layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi
untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk
menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang
bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri
mengikut kehendak hukum syarak.
4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’iat kepada isteri.

 

Islam dan Reformasi Poligami

v  Sebagaimana disebutkan di awal Tulisan ini bahawa poligami telah ada sebelum datangnya Islam. Maka ketika Islam datang ia telah melakukan beberapa reformasi dalam bidang poligami, di antaranya adalah pembatasan poligami hingga empat wanita saja. Kerana sebagaimana ditemukan pada masyarakat Jahiliyyah bahawa seorang laki-laki boleh mengawini lebih dari empat wanita.
v  Bentuk refomasi lainnya adalah bahawa Islam menekankan berbuat adil terhadap isteri-isteri. Contoh yang jelas dalam masalah ini adalah ketika Rasulullah SAW sakitnya keras dan mendekati kematian. Beliau ingin sekali bermalam di setiap isteri-isterinya hingga ketika tidak biasa lagi berjalan beliau meminta izin kepada isteri-isterinya untuk tinggal di tempat Aisyah.
v  Bentuk reformasi lain adalah bahawa Islam telah menanamkan rasa takut kepada Allah SWT. Dengan demikian ketika menghadapi isterinya, seorang muslim tidak berbuat sebetul-betulnya dan semahunya. Ia menjadi orang tawadhu’ dan berbuat baik terhadap isteri-isterinya.
v  Dengan pendidikan Islam seperti inilah terwujudnya ketenteraman, hilangnya cemburu buta dan kerukunan di antara anggota keluarga. Rumah tangga ideal seperti inilah yang pernah dialami para sahabat dan orang-orang yang bertakwa pada masa permulaan Islam.
Urgensi Poligami Secara Sosial.
Dalam skala sosial, poligami mempunyai beberapa urgensi:
Pertama, dalam situasi normal. Sering terjadi populasi wanita melebihi jumlah pria, sebagaimana yang ditemukan di negara-negara Eropa Utara. Pada masa di mana tidak ditemukan peperangan, biasanya jumlah kaum hawa lebih banyak dari kaum Adam. Salah seorang doktor bersalin di Helsinky, Finlandia pernah berkata bahawa setiap terjadi kelahiran empat bayi, satu dari padanya adalah bayi laki-laki.
Dalam keadaan seperti ini, maka poligami merupakan persoalan yang penting, baik ditinjau dari kemasyarakatan etika mahupun sosial. Poligami dalam keadaan ini lebih baik dari pada ditemukannya wanita-wanita yang tak mendapatkan jodoh di jalan-jalan, tidak punya keluarga, tidak pula rumah. Keadaan ini dapat mengundang kejahatan dan perilaku negatif serta penyakit sosial.
Kedua, dalam keadaan di mana jumlah laki-laki lebih sedikit dari jumlah wanita akibat pertempuran atau bencana alam. Dalam keadaan ini maka poligami menjadi urgen bagi tahanan sosial seperti yang terjadi pada masa perang dunia.

Urgensi Poligami Secara Individual

Di samping poligami secara sosial, ada beberapa hal sehingga secara individual pun poligami menjadi sesuatu yang sangat urgen. Antara lain adalah:
Pertama, bila seorang isteri mandul sementara suami ingin sekali memiliki keturunan. Keinginan memiliki keturunan adalah sesuatu hal yang wajar dan fitrah. Dalam situasi seperti ini hanya ada dua kemungkinan: mencerai isteri mandul atau kahwin lagi. Tentunya mempertahankan perkahwinan bagi seorang laki-laki dan wanita adalah lebih baik dari pada bercerai. Biasanya seorang wanita yang mandul lebih memilih dimadu dari pada hidup sendirian. Sebab bila memilih cerai, ia khuwatir tidak ada lelaki lain yang ingin mengawininya.
Kedua, bila isteri mempunyai suatu penyakit yang menyebabkan suami tidak biasa menggaulinya. Bila dicerai biasanya suami akan merasa malu terhadap masyarakatnya, demikian juga isteri akan merasa tidak bererti lagi dalam hidupnya. Sementara itu kebutuhan biologis suami harus tetap dipenuhi. Oleh kerana itu dalam keadaan demikian, maka poligami adalah jalan keluar dari persoalan di atas.
Ketiga, keadan laki-laki mempunyai kecendurungan hiper sex yang bila hanya satu isteri, kebutuhannya tidak terpenuhi, baik kerana isteri memasuki masa monopause maupun disebabkan datang bulan (haid).




Sisi Negatif Poligami.
Selain beberapa keunggulan yang terdapat pada sistem poligami, kita juga tidak menutup mata bahawa secara tersembunyi masih dijumpai sisi negatif dari poligami. Sisi negatif ini timbul disebabkan beberapa faktor. Namun faktor utama dari segalanya adalah kembali kepada manusianya itu sendiri. Banyak dari kalangan kita yang menyalahgunakan kebolehan polgami ini, di samping itu keislaman dan kesalehan orang yang bersangkutan masih kurang dari yang diharapkan. Maka banyak terjadi berbagai persoalan negatif yang ditimbulkan poligami, antara lain:
  1. Timbulnya rasa dengki dan permusuhan di antara para isteri. Persaaan ini biasanya timbul kerana suami lebih mencintai satu isteri dari pada isteri yang lain, atau kerana kurang adanya keadilan. Tapi hal ini jarang terkadi bila suami dan isteri mengerti hak dan kewajibannya.
  2. Perasaan di atas juga biasanya terwarisi hingga kepada anak-anaknya dari masing-masing isteri, sehingga rasa persaudaraan tidak ada lagi.
  3. Timbulnya tekanan batin bagi isteri pertama, kerana biasanya suami lebih mencintai isteri barunya. Perasaan ini mengakibatkan isteri pertama kurang bahagia dalam hidupnya.
  4. Poligami juga menjadi penyebab timbulnya genarasi santai, mereka lebih suka berlepak di jalanan untuk menghabis-habiskan masa mudanya. Hal ini juga disebabkan kerana kurangnya perhatian dari sang ayah.

Poligami dan Umat Islam Kini

*             Setelah timbulnya kesedaran umat Islam tentang besarnya pengaruh pemikiran Barat melalui jalur informasi, buku-buku dan para orientalisnya, para pakar Islam berupaya untuk menata kembali masyarakat Islam agar bangkit dari tidurnya.
*             Di antara pemikiran Barat yang banyak mempengaruhi pola pikir umat Islam adalah melempar keraguan kepada umat Islam tentang hukum poligami. Sehingga persoalan ini menjadi perdebatan di kalangan umat Islam. Sayangnya, banyaknya timbul poligami di kalangan umat Islam dewasa ini justru terjadi di saat umat Islam tidak mengenal agamanya, jauhnya dari hukum Islam dan akhlak Islam sehingga menyebabkan timbulnya penyakit sosial di masyaraklat muslim. Di tengah kondisi keterbelakangan inilah kaum orientalis Barat menyerang agama Islam dengan sangat empuknya.

Rasulullah SAW dan Poligami

Sebelum mengakhiri tulisan tentang poligami, kurang lengkap rasanya bila kita tidak membahas tetang perkawinan dan poligami Rasulullah SAW.
ü  Sebagaimana kita ketahui, bahwa di antara beberapa hukum yang diturunkan kepada Rasulullah SAW untuk umatnya, ada beberapa hukum yang hanya khusus diberlakukan kepada Rasulullah SAW. Di antaranya adalah kewajiban qiyamullail bagi Rasulullah SAW dan dibolehkannya berpoligami lebih dari empat wanita. Kekhususan ini disebabkan beliau adalah seorang Rasul dan karena ada hikmah tertentu yang Allah SWT inginkan.
ü  Namun demikian pihak musuh Islam selalu mencari jalan untuk dapat mengkritik Rasulullah SAW agar umatnya tidak lagi menaruh hormat kepada nabinya atau menanamkan keraguan terhadap rasulnya. Karenanya mereka tidak segan-segan melempar tuduhan kepada pribadi beliau.
ü  Di antara tuduhan mereka terhadap Rasulullah SAW adalah masalah poligami. Mereka menuduh bahwa Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat haus sex, tukang main perempuan dan lain sebagainya. Oleh karena itu ia tidak puas hanya dengan satu wanita. Ia juga sangat berbeda dengan Yesus (maksud mereka Isa as). Isa adalah orang yang suci, tidak pernah mengumbar nafsunya, tidak seperti Muhammad.


Untuk menjawab tuduhan di atas, ada dua hal penting yang harus kita ingat:
  1. Rasulullah SAW tidak pernah mengawini wanita lebih dari satu, kecuali setelah beliau memasuki usia senja, yaitu usia lebih dari 50 tahun.
  2. Seluruh isteri-isteri Rasulullah SAW berstatus janda, kecuali hanya Aisyah ra.
ü  Dari dua point ini dapat kita simpulkan, bahwa meskipun sebagai seorang manusia dan mempunyai nafsu birahi serta tidak menutup kemungkinan ada dorongan naluri manusia dalam mengawini wanita-wanita, tapi di balik itu semua ada maksud luhur. Oleh karena itu untuk mengatakan bahwa perkawinan Rasul dengan banyak wanita sama denga poligami yang dilakukan oleh kebanyakan orang sekarang atau disamakan dengan kebutuhan sex orang Barat adalah sebagai sesuatu yang naïf. Hal ini dapat dikemukakan beberapa alasan, selain dua alasan pokok di atas:
  1. Andai kata semata-mata hanya dorongan syahwat saja, mengapa Rasulullah SAW tidak memilih yang gadis-gadis saja? Padahal Rasulullah pernah menganjurkan sahabat Jabir bin Abdullah untuk lebih baik mengawini gadis dari pada janda karena seorang gadis lebih bisa bermesraan dan bercanda.
  2. Seandainya Rasul mau gadis, bukankah beliau bisa saja meminta kepada sahabat-sahabatnya untuk memberikam anak gadisnya kepada Rasulullah SAW ? Bukankah kesetiaan sahabat begitu besar kepada Rasulullah SAW dan siap memberikan apa saja yang diminta

Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat
dirumuskan iaitu :

Ø  Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat
mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela
perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun
begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh
tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui
amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah
zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan
tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat
memenuhi tuntutan tersebut.
Ø  Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang
didakwa oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia
sebenarnya telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China,
Yunani, Kristian dan Yahudi.
Ø  Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih
kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari
landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80
peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada
kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis
rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami (Utusan
Malaysia, 16 September 2005).

No comments:

Post a Comment