Jul 31, 2011

ADAM DIJADIKAN DARI 12 JENIS TANAH

    Pada suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanah-tanahnya mencipta Adam. Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah. Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Kemudian Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah : “ Hai Izrail , engkaulah kini aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan namaKu“.
Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman : “ Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan mengambil tanah, dan kelak Kutugaskan engkau mencabut roh manusia.” Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman :” Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit.”


Tanah bagaimana dijadikan Adam:

  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqadis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah ( Babylon )
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga
  12. Tanah Thai’if

Kata Ibnu Abbas :
1.     Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana di situlah berada otak manusia, dan disitulah terdapatnya akal.
2.    Telinganya dari tanah Bukit Tursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3.    Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4.    Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5.    Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6.    Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7.    Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8.    Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.    Perutnya dai tanah Babylon. Disitulah tempat seks ( berahi ) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.  Tulangnya dari tanah Bukit Tursina, alat peneguh tubuh manusia.
11.  Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.
12.  Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.
13.  Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.






Bagaimanakah prosesnya :
1.     Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin , air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam “ sifat “.
2.    Lalu tubuh Adam itu di genggam dengan genggaman “ Jabarut “ kemudian diletakkan didalam “ Alam Malakut “.
3.    Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “ tubuh Adam “ adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “ Barul Uluhiyah “.
4.    Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5.    Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Di jadikan pada tubuh adam ada 9 rongga atau liang. 7 buah liang di kepala dan 2 liang di bawah badan letaknya. 7 buah letaknya di kepala: 2 liang mata, 2 liang telinga, 2 liang hidung, dan sebuah liang mulut. Yang 2 macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula 5 pancaindera:

1.     Mata alat penglihatan.
2.    Hidung alat penciuman.
3.    Telinga alat pendengaran.
4.    Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus dan sebagainya.


Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberikan kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam dan kini mencabut nyawa manusia.
Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itu Allah mengajarkannya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah. Lalu Allah berkata : “ Yarkhamukallah “ yang ertinya : “ semoga engkau diberi rahmat Allah “. Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “ Alhamdulillah “ dan orang mendengarnya mengucap “ Yarkhamukallah “.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Disini menunjukkan sifat manusia  yang suka tergesa-gesa ( tidak sabar ). Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “ Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa “. Maka ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.
Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.



No comments:

Post a Comment